• Join over 1.2 million students every month
  • Accelerate your learning by 29%
  • Unlimited access from just £6.99 per month

experiment vitamin C

Extracts from this document...

Introduction

WORLD LITERATURE MALAY A1 "Bagaimanakah Konflik Luaran dapat mempengaruhi Jalan Cerita dalam Novel Tuan Gatsby ciptaan Tennessee William dan Lorong Midaq Karya Naquib Mahfuz?" No of Words: 1550 MOHD HAZIQ AL-HAKIM BIN HAMIRRUDDIN KOLEJ MARA BANTING 901021-11-5551 Konflik merupakan salah satu elemen penting dalam sesebuah novel. Konflik-konflik yang ditengahkan oleh para pengarang novel adalah bertujuan untuk mewujudkan suasana ketegangan dalam diri watak ataupun antara watak-watak seterusnya membuatkan pembaca tertarik dengan jalan cerita novel tersebut. Para karyawan seperti Tennessee William dan Naquib Mahfuz juga mengunakan konflik untuk diselitkan dalam novel mereka iaitu novel Tuan Gatsby dan novel Lorong Midaq. Novel-novel yang dikarang oleh mereka mempunyai banyak konflik yang ditonjolkan oleh watak-watak yang menjadikan novel tersebut menarik untuk dibaca oleh para pembaca. Para pembaca juga tidak jemu dan tidak bosan kerana konflik yang ditonjolkan membuatkan pembaca teruja untuk meneruskan pembacaan. Konflik terbahagi kepada dua bahagian iaitu konflik luaran dan dalaman. Konflik yang akan dikaji dalam kedua-dua novel ini adalah konflik luaran yang sebenarnya memainkan peranan penting dalam perkembangan jalan cerita. Konflik yang berlaku antara watak amat penting untuk menentukan dan menzahirkan perwatakan watak-watak. Melalui konflik ini, kita boleh mengenal pasti tingkah laku dan perangai sama ada baik atau buruk watak-watak yang diperkenalkan oleh para pengarang. ...read more.

Middle

Hal ini menyebabkan Hamida mengadu kepada Abbas sehingga menyebabkan wujudnya ketegangan antara Abbas dan Ibrahim Faraj. Abbas bersetuju untuk membunuh Ibrahim Faraj kerana ingin mempertahankan hak Hamida yang kononnya dianiaya. Konflik yang berlaku antara ketiga-tiga watak ini telah menyebabkan berlakunya perkembangan jalan cerita iaitu perkahwinan antara Salim Alwan dan Hamida terbatal kerana Salim diserang sakit jantung. Manakala Abbas telah mati dipukul kerana masih lagi menaruh harapan terhadap Daisy. Selain itu, konflik mempertahankan maruah juga merupakan salah satu konflik luaran yang ditonjolkan dalam kedua-dua novel. Dalam novel Tuan Gatsby, konflik ini dipaparkan melalui watak Tom dan Myrtle. Pergaduhan antara Tom dan Mrytle berlaku apabila Mryrtle yang memanggil nama Daisy berulang kali telah menyebabkan Tom bengang dan telah menumbuk muka Myrtle. Hal ini kerana Tom ingin menjaga air muka dan maruah isterinya, Daisy. Disebabkan konflik ini, jalan cerita semakin berkembang dan menarik apabila Myrtle memanggil nama Daisy berulang kali adalah kerana cemburu. Tom bimbang hubungan sulitnya dengan Myrtle akan terbongkar. Konflik mempertahankan maruah juga wujud dalam novel Lorong Midaq. Hal ini dipaparkan melalui peristiwa pergaduhan antara Tuan Kirsha dan Puan Kirsha. Tuan Kirsha adalah seorang penghisap dadah dan juga homoseksual. Tuan Kirsya telah cuba menggoda seorang pemuda di kedai kopinya. ...read more.

Conclusion

Perbuatan Daisy ini telah menimbulkan konflik luaran antara mereka, Gatsby dan Daisy apabila Gatsby telah mendesak Daisy supaya memberitahu Tom yang beliau tidak mencintainya. Konflik ini seterusnya menyebabkan jalan cerita menjadi semakin menarik apabila Daisy selalu keluar dengan Gatsby sehingga Daisy takut kelakuan mereka itu diketahui Tom. Bagi novel Lorong Midaq pula, konflik luaran mencapai impian diketengahkan melalui watak Hamida yang telah memutuskan pertunangannya dengan Abbas semata-mata untuk menerima lamaran pertunangan Salim Alwan supaya beliau dapat hidup mewah dan senang. Abbas kecewa dengan sikap Hamida yang tamakkan harta semata-mata dan hal ini telah menimbulkan ketegangan antara mereka berdua. Disebabkan konflik ini, jalan cerita semakin menarik apabila perkahwinan Hamida dengan Salim Alwan dibatalkan kerana Salim telah diserang sakit jantung. Kesimpulannya, konflik luaran yang berlaku antara watak-watak dalam novel Tuan Gatsby dan Lorong Midaq memang mempengaruhi jalan cerita. Setiap konflik luaran yang berlaku menyumbang kepada berlakunya peristiwa baru yang melancarkan lagi jalan cerita. Konflik-konflik luaran yang diekstrak mampu membuatkan para pembaca merasai kesan dramatik yang diterapkan oleh para pengarang. Seterusnya, dengan wujudnya konflik luaran, ini secara tidak langsung mampu menimbulkan kesan dramatik dan jalan cerita semakin menarik. ?? ?? ?? ?? "Bagaimanakah konflik luaran dapat mempengaruhi Mohd Haziq Al-Hakim b. Hamirruddin Jalan cerita dalam novel Tuan Gatsby ciptaan Tennessee William dan Lorong Midaq karya Naquib Mahfuz?" 8 ...read more.

The above preview is unformatted text

This student written piece of work is one of many that can be found in our International Baccalaureate Biology section.

Found what you're looking for?

  • Start learning 29% faster today
  • 150,000+ documents available
  • Just £6.99 a month

Not the one? Search for your essay title...
  • Join over 1.2 million students every month
  • Accelerate your learning by 29%
  • Unlimited access from just £6.99 per month
  • Over 160,000 pieces
    of student written work
  • Annotated by
    experienced teachers
  • Ideas and feedback to
    improve your own work