Latar Belakang Puisi

Puis Ibuku dihasilkan pada tahun 1984.    

   Usman Awang meupakan seorang sasterawan yang berjiwa rakyat. Beliau juga berani menyatakan pendapatnya. Baginya, selagi seseorang tidak berani menyatakan pendapatnya, seseorang itu tidak layak digelar penulis. Hal ini mungkin kerana beliau sendiri  berasal daripada keluarga miskin dan disebabkan itu beliau hanya berpeluang bersekolah sehingga darjah enam. Isu-isu kemiskinan dan pendidikan juga dapat dilihat dalam sajak ini. Usman Awang juga pernah menjadi buruh paksa ketika pendudukan Jepun. Hal inilah yang menjadikan beliau faham tentang masalah dan kesempitan yang dialami oleh golongan buruh.

        Tambahan pula, puisi ini telah ditulis semasa zaman pemerintahan Dr. Mahathir Bin Mohammad. Hal ini dapat dilihat apabila sebahagian daripada puisi ini dikaitkan dengan situasi yang berlaku pada masa itu dimana ekonomi negara bertukar daripada kegiatan pertanian kepada perindustrian.

     Usman Awang merupakan salah seorang penulis yang mengasaskan Angkata Sasterawan 50 yang ditubuhkan pada tahun 1950. Moyo persatuan ini adalah Seni Untuk Rakyat. Penulis dalam angkatan ini sering menghasiklan karya yang berkisar tentang isu masyarakat.

Maksud

Stanza 1 : Harapan dan impian seorang ibu terhadap anaknya agar dapat menjadi insan yang berguna kelak. Stanza ini juga memaparkan impian yang dimiliki oleh golongan miskin agar kehidupan mereka dapat diubah.

Stanza 2 : Stanza ini memaparkan masalah golongan miskin yang tertinggal dalam bidang pendidikan. Dek kerana taraf pendidikan yang rendah ini mereka sering ditipu oleh mereka yang lebih berkuasa. Kemiskinan juga menaksa mereka untuk meminjam wang daripada lintah darat.

Stanza 3 : Golongan miskin terpaksa bekerja keras setiap hari demi mencari rezeki. Mereka juga tertinggal daripada pembangunan dan permodenan yang berlaku pada masa itu.

Stanza 4 : Kemiskinan menyebabkan masyarakat ini terpinggir daripada kecanggihan teknologi. Stanza ini juga mempunyai unsur sindiran terhadap pemimpin yang tidak effisyen dalam mengani masalah mereka. Pemimpin

Stanza 5 : Keadaan pada masa itu yang memaksa mereka untu kbekerja keras bagi menyara hidup mereka yang melarat hal ini diibaratkan seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

 

Stanza 6 : Stanza ini menekankan tentang golongan miskin yang tahu tentang hak mereka dan tidak menikmati ganjaran daripada skim dan rancangan yang dijalankan oleh kerajaan.

Stanza 7 : Golongan miskin yang dianak tirikan di negeri sendiri. Stanza ini juga memaparkan kritikan terhadap ahli politik yang hanya tahu berjanji tetapi tidak menunaikan janji.

Join now!

UNSUR DALAMAN

Tema Dan Persoalan

Tema

Tema dalam puisi karangan Usman Awang ini adalah kehidupan masyarakat melayu miskin yang terpinggir daripada revolusi pembangunan dan permodenan yang direncana oleh kerajaan. Hal ini kerana, pengarang telah memaparkan sindiran-sindiran terhadap kerajaan yang tidak efisyen dalam menghadapi masalah kemiskinan. ‘Ibu’ pengarang yang dinyatakan dalam puisi ini adalah mewakili golongan miskin di negara ini. Dalam puisi ini juga Usman Awang menyelitkan tentang kesusahan golongan miskin dalam menjalani kehidupan mereka. Mereka juga ditipu dan ditindas oleh mereka yang lebih berkuasa.

Persoalan

  1. Persoalan lain yang dipaparkan dalam puisi ini adalah ketekunan golongan ...

This is a preview of the whole essay