Drama “Degupan Jantungnya” hasil karya nukilan Usman Awang, penulis terkemuka tanah air mengisarkan bebanan yang ditaggung oleh Ali yang merupakan seorang doktor.  Beliau berasa bertanggungjawab dalam memastikan tugasnya sebagai seorang doctor terlaksana dengan baek. Beliau menentang habis-habisan penjualan rokok yang telah menyebabkan ramai orang terkesan daripadanya. Rokok telah menyebabkan jumlah penyakit kanser semakin meningkat. Salah seorang pesakitnya, Umar yang tersiksa daripada penyakit kanser semakin menyebabkan Dr Ali semakin terasa terbeban. Umar telah meminta supaya Dr Ali menamatkan sahaja riwayatnya daripada dibiarkan beliau terus tersiksa. Bagi Dr Ali, harapan itu masih ada selagi nyawa masih dikandung badan.

Join now!

        Drama ini bermula dengan tibanya Milah, isteri kepada Umar di pejabat Dr Ali. Dr Ali yang memanggil Milah menemuinya kerana ingin mengkhabarkan sesuatu kepada Milah. Namun begitu beliau tidak sanggup untuk memberitahu akan hal tersebut apabila beliau tahu Umar sendiri merahsiakan hal tersebut daripada Milah. Milah yang mengesyaki sesuatu yang cuba disembunyikan Dr Ali berulang kali bertanyakan soalan mengenai suaminya Umar, samada beliau masih mempunyai harapan untuk hidup atau tidak. Bagi tidak menghampakan Milah, Dr Ali cuba menjawab ya walaupun beliau tahu, sebaliknya yang bakal berlaku. Setelah berkali-kali Milah bertanyakan Dr Ali jika masih ada perkara laen, Dr Ali ...

This is a preview of the whole essay