Mohd Izzuddin Azminuddin

IB June 09

Novel “Syak Wasangka”

Novel “Syak Wasangka” merukapakan hasil karya Jane Austen. Novel ini mengisahkan tentang keluarga Bennet yang mahukan anak-anak perempuannya mengahwini lelaki kaya. Cerita bermula apabila muncul seorang jejaka kaya, Charles Bingley yang telah menyewa sebuah banglo mewah berdekatan dengan rumah keluarga Bennet, di Netherfield. Berita tersebut telah tersebar dengan cepat sekali. Keluarga Bennets mempunyai lima gadis perempuan yang masih belum berkahwin. Anak pertama mereka adalah Jane,  seorang yang lemah lembut dan cantik. Elizabeth pula merupakan anak kedua dan beliau seorang yang mempunyai pendirian berbeza daripada ibunya yang mahukan mereka mengahwini lelaki yang kaya. Adik kepada Jane dan Elizabeth adalah Mary, Kitty dan juga Lydia. Puan Bennet tidak sabar mahu melihat anak-anaknya berkahwin. Pada suatu hari, telah diadakan majlis keramaian dan keluarga Bennet mengambil kesempatan ini untuk memperkenalkan anak-anaknya kepada Encik Bingley yang turut hadir pada majlis tersebut. Jane telah berjaya mencuri hati Bingley. Mereka dilihat menari dengan seronoknya dan ini menggembirakan Puan Bennet. Rakan Bingley yang hadir bersama Bingley, iaitu Darcy juga seorang jejaka yang kaya. Pada mulanya Puan Bennet cuba memperkenalkan Elizabeth kepada Darcy dan mengajak Darcy menari bersama Elizabeth, tetapi Darcy teleh menolak pelawaan tersebut. Hal tersebut telah membuatkan semua orang melihat Darcy sebagai seorang yang sombang dan bongkak.

Selang beberapa minggu selepas majlis tersebut, berlaku lagi satu majlis karamaian. Pada majlis ini, Darcy merasakan dirinya telah terpikat pada kejelitaan dan kepandaian Elizabeth. Dalam pada masa yang sama, persahabatan antara Jane dan juga Bingley semakin rapat dan Jane telah melawat Bingley dirumahnya. Di dalam perjalanan beliau ke rumah Bingley, beliau telah terperangkap dalam hujan lalu demam. Hal ini telah menyebabkan beliau terpaksa tinggal di rumah Bingley di Netherfield untuk beberapa hari. Ini merupakan sebahagian rancangan Puan Bennet untuk memastikan Jane berjaya memikat hati Bingley. Elizabeth yang risaukan kakaknya telah menurut ke rumah Bingley. Beliau terpaksa berjalan di dalam padang yang berlumpur kerana rumahnya tiada kereta kuda. Apabila beliau tiba di rumah Bingley, keadaan pakaian beliau begitu tidak terurus dan kotor kerana terkena lumpur. Kakak Bingley melihat Elizabeth dengan pandangan yang kurang enak. Cik Bingley semakin tidak menyukai Elizabeth apabila mengetahui yang perempuan tersebutlah yang telah berjaya menarik perhatian Darcy yang juga menjadi jejaka idamannya.

Join now!

Setelah Jane sihat, beliau dan Elizabeth pulang kerumah dan dihantar oleh kereta kuda Bingley. Apabila tiba di rumah, mereka mendapati Encik Collins telah melawat rumah mereka. Collins merupakan seorang paderi muda yang bakal mewarisi harta Encik Bennet apabila Encik Bennet meninggal kelak. Pada masa tersebut, harta hanya akan diwarisi oleh kaum lelaki. Collins juga seorang yang tidak bijak dalam berfikir dan merasakan dirinya sentiasa betul mengikut andaiannya. Setelah beberapa hari di rumah kelurga Bennet, beliau menyatakan hasrat lain kedatangannya selain melihat keadaan rumah tersebut. Hasrat lain tersebut adalah ingin mengahwini salah seorang anak perempuan Bennet. Pada mulanya beliau terpikat pada ...

This is a preview of the whole essay