“Anak-anak dilahirkan suci bersih diibaratkan seperti kain putih. Maka ibu bapalah yang akan mewarnainya”

        Sudah semestinya bagi setiap ibu bapa yang mempunyai anak mempunyai impian ideal untuk mendidik anak mereka dengan sebaik mungkin. Harapan ibu bapa untuk melihat anak mereka menjadi seorang yang berguna, berjaya, dan mempunyai masa depan yang cerah. Namun, perwatakan anak-anak ini semua terletak pada tangan ibu bapa. Tanggungjawab ibu bapa dalam membentuk peribadi anak-anak ini amat penting kerana dari sini peribadi anak-anak terbentuk samada kepada yang baik ataupun sebaliknya. Sejak kebelakangan ini, kebanyakan karya-karya yang dihasilkan telah memaparkan kepentingan peranan dan tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak mereka seperti novel Okonkwo hasil karya Chinua Achebe, Lorong Midaq hasil karya Naguib Mahfouz serta karya Sawako Ariyoshi iaitu Isteri Hanaouka Seishu. Namun daripada ketiga-tiga novel yang dinyatakan, dua daripadanya lebih berjaya memaparkan tanggungjawab ibu bapa terhadap anak iaitu novel Okonkwo dan juga Isteri Hanaouka Seishu hasil karya Chinua Achebe dan juga Sawako Ariyoshi. Walaupun begitu, sejauh manakah pengarang sebenarnya berjaya untuk memaparkan tanggungjawab ibu bapa ini? Mari ikuti perenggan-perenggan seterusnya dimana kita akan mengupas isu-isu ini.

Dalam mendidik anak-anak, ibu bapa perlu berlembut dengan anak mereka. Namun begitu, dalam kelembutan perlunya juga ketegasan dalam mendidik anak. Ketegasan dalam mendidik anak merupakan fakta pertama yang akan dikupas isunya terlebih dahulu. Ketegasan yang ditujunjukkan kepada anak membuatkan anak menghormati keputusan yang dilakukan oleh ibu bapa. Menelusi novel Isteri Hanaouka Seishu, ketegasan yang ditunjukkan ibu bapa diperlihatkan dalam karya Sawako Ariyoshi apabila anak mereka melakukan perbuatan yang dipercayai boleh menjatuhkan maruah keluarga tersebut di luar pengetahuan mereka sendiri. Ketegasan dalam novel ini ditunjukkan oleh Sajihei yang berasa amat berang dan marah kepada anaknya,Kae. Sajihei terdengar khabar angin tentang Kae yang menaruh hati terhadap Umpei di luar pengatahuan Sajihei dan isterinya. Lalu Sajihei lantas menunjukkan ketegasannya sebagai seorang bapa dengan memarahi Kae agar Kae tidak memperlekehkan tegurannya. Hal ini kerana perbuatan Kae itu sebenarnya boleh menjatuhkan maruah keturunan keluarga Sajihei disebabkan latar masyarakat dan perbezaan status kedua-dua keluarga.

Join now!

Berilah nasihat dan teguran kepada anak-anak dalam hal akidah, ibadah, akhlak, tanggungjawab, kesihatan, suci hati dan erti kesusahan. Kaedah ini sangat penting dan ia berbeza dengan kaedah pesanan dan arahan. Ini kerana nasihat dan teguran tidak boleh dibuat setiap hari atau setiap masa kerana anak-anak akan mudah merasa jemu dan bosan.”

Menelusi pula novel Okonkwo, pengarang turut memasukkan unsur ketegasan sebagai salah satu tangunggjawab ibu bapa dalam mendidik anak. Ketegasan amat perlu terutamanya dalam mendidik anak perempuan yang lebih cenderung untuk berperangai seperti seorang lelaki. Sekiranya ketegasan ini tidak diperlihatkan kepada anak dikhuatiri kecenderungannya untuk berperangai seperti lelaki ...

This is a preview of the whole essay