Group Assignment

Due Date: 5/7/08

Prepared by :

Maz Anita


Pengenalan

        Sanden Air Conditioning (Malaysia) Sdn Bhd adalah usahasama antara syarikat Malaysia and Sanden Corporation di Japan dengan modal berbayar sebanyak RM5.6 juta. Bangunannya terletak di Hicom-Glenmarie Shah Alam. Usahasama syarikat ini telah dilaksanakan sepenuhnya oleh bumiputra dan bukan bumiputra Malaysia dengan syarikat dari Jepun iaitu Sanden Corporation. Sanden Air Conditioning (Malaysia) Sdn Bhd mengeluarkan komponen penukaran haba (“heat exchange components”) dan produk lain untuk sistem penyaman udara automotif.

        

Sejarah & Perjalanan Syarikat

        Sejarah kecemerlangan Sanden bermula dengan terbentuknya High-tech plant di Hicom-Glenmarie. Sanden di Malaysia disokong sepenuhnya oleh tekonologi dan kejuruteraan Jepun untuk menghadapi berbagai cabaran. Antara kecemerlangan yang telah dicapai adalah seperti berikut :-

        

1995:   Menyediakan kilang pembuatan berharga RM8 juta di Hicom-Glenmarie, Shah                  Alam.

1998:   Akreditasi daripada SGS Yarsley untuk Sistem Pengurusan Kualiti di bawah                   ISO 9002:1994, Cert.no Q14265

2000:         Sanden dan Behr membentuk usaha sama untuk penyaman udara automotif         sistem-sistem di Jepun.

        2002:   Akreditasi daripada JQA no. pendaftaran JQA-QM9626 & PSB Cert. no    

            2002-1-0332 bagi Quality Management System dibawah ISO 9001:2000.

2002:   Menyediakan pusat pengujian (Kalori meter) dan PAF pembuatan garis.

2002:   Akreditasi daripada JQA no. pendaftaran JP-JQA-EM3077 & PSB no. Sijil                      2002-0182 bagi Environment Management System dibawah ISO 14001:1996

2005:  Akreditasi daripada  bagi Quality Management                       System dibawah TS 16949:2002


Profail Syarikat


VISI

Wawasan 2020 telah membuka satu peluang kepada Sanden Air Conditioning (Malaysia) Sdn Bhd. Sanden mempercayai bahawa jalan terbaik untuk meramal masa depan adalah dengan mewujudkannya. Sanden sentiasa mencari dan mengamati keperluan pelanggan  lebih daripada keperluan semasa dan kembali mengamati amalan sekarang untuk terus membangunkan perbezaan utama dalam persaingan teknologi terkini.

MISI

Misi syarikat adalah untuk menawarkan produk tambah nilai dan perkhidmatan yang memenuhi permintaan khusus sebenar, yang unik untuk rakyat Malaysia dan juga  dipasarkan mengelilingi Asia Pasifik dan mungkin lebih jauh lagi.

FALSAFAH

Let Us Develop in Wisdom and Prosper in Harmony. Maksudnya ”Biar Kami Dibentuk Dalam Kebijaksanaan Dan Kemakmuran Dalam Keharmonian”

PRINSIP PENGURUSAN

  • Memuaskan hati pelanggan dengan keperluan produk berkualiti tinggi
  • Menyumbang terus untuk pembaikan sosial dan kebudayaan masyarakat melalui kegiatan perniagaan
  • Membina sebuah syarikat yang mana semuanya merasa bangga.

PRESTASI SYARIKAT BERDASARKAN PENCAPAIAN KEWANGAN & PENDAPATAN


PENGURUSAN SYARIKAT

Lembaga Pengarah dan pasukan pengurusan Sanden Air Conditioning (Malaysia) Sdn Bhd, berusaha untuk menyediakan produk dan perkhidmatan yang memenuhi piawaian tertinggi untuk para pelanggannya. Secara keseluruhannya pasukan pengurusan boleh menawarkan pengalaman mereka yang digabung melalui Sistem Maklumat Pengurusan (Management Information System).

Struktur Organisasi

Dibawah adalah struktur organisasi syarikat :-

Nota **original equipment market (OEM)

         **replacement equipment market (REM)


Kumpulan Kerja

Sanden pada alaf baru, menumpukan sepenuh usahanya kepada kepuasan pelanggan dan kepimpinan pasaran untuk mencapai kecemerlangan dalam kualiti produk dan perkhidmatan. Melalui pasukan pengurusannya, Sanden percaya pelanggan boleh meletakkan kepercayaan pada Dasar Kualiti Sanden iaitu, “Kepuasan Pelanggan, Pembaikan Berterusan”.

Marketing & Sales

        Kumpulan Marketing dan Sales di Sanden komited sepenuhnya untuk mencapai tahap kepuasan pelanggan, memenuhi keperluan pelanggan pada sepanjang masa dan menjalankan sokongan menyeluruh kepada para pelanggannya.

        Pasukan Sales Profesional dan Wakil Pelanggan Sanden, dibantu dengan cekap oleh para jurutera Sanden di bahagian Engineering & Production yang sentiasa berusaha berterusan untuk menjamin kepuasan optimum dan mencari dayausaha untuk menyediakan satu darjat tinggi bagi khidmat dan kecekapan teknikal dan pertolongan profesional untuk pelanggan-pelanggan Sanden

Join now!

.        Kedua-dua bahagian di ”Original Equipment” (OE) dan khidmat Selepas-Jualan di ”Technical Sales” mengadaptasi cara ”Customer Relationship Management” (CRM) dari segi penyelesaian masalah dan bekerja secara rapat dengan para pelanggan. Sanden sentiasa berusaha untuk mengekalkan pengeluaran dan keperluan perkhidmatan pelanggan melalui jualan, khidmat baikpulih dan membekalkan bahan ganti.

Dasar Kualiti

“Kepuasan Pelanggan, Pembaikan Berterusan”

        Dasar Sanden Air Conditioning (Malaysia) Sdn Bhd adalah untuk sentiasa menyediakan produk berkualiti kepada pelanggan. Sanden benar-benar komited untuk mencapai kecemerlangan mutu. Ini bermakna bahawa setiap pekerja Sanden mesti faham syarat-syarat prinsip pengurusan dalam mencapai keperluan pelanggan dan rakan sejawatan. Setiap pekerja Sanden juga mesti ...

This is a preview of the whole essay