“Bagaimanakah konflik luaran dapat mempengaruhi                Mohd Haziq Al-Hakim b. Hamirruddin

Jalan cerita dalam novel Tuan Gatsby ciptaan Tennessee

William dan Lorong Midaq karya Naquib Mahfuz?”

                                                                                                                                                                                           

WORLD LITERATURE MALAY A1

“Bagaimanakah Konflik Luaran dapat mempengaruhi Jalan Cerita dalam Novel Tuan Gatsby ciptaan Tennessee William dan Lorong Midaq Karya Naquib Mahfuz?”

No of Words: 1550

MOHD HAZIQ AL-HAKIM BIN HAMIRRUDDIN

KOLEJ MARA BANTING

901021-11-5551


Konflik merupakan salah satu elemen penting dalam sesebuah novel. Konflik-konflik yang ditengahkan oleh para pengarang novel adalah bertujuan untuk mewujudkan suasana ketegangan dalam diri watak ataupun antara watak-watak seterusnya membuatkan pembaca tertarik dengan jalan cerita novel tersebut. Para karyawan seperti Tennessee William dan Naquib Mahfuz juga mengunakan konflik untuk diselitkan dalam novel mereka iaitu novel Tuan Gatsby dan novel Lorong Midaq. Novel-novel yang dikarang oleh mereka mempunyai banyak konflik yang ditonjolkan oleh watak-watak yang menjadikan novel tersebut menarik untuk dibaca oleh para pembaca. Para pembaca juga tidak jemu dan tidak bosan kerana konflik yang ditonjolkan membuatkan pembaca teruja untuk meneruskan pembacaan.

        Konflik terbahagi kepada dua bahagian iaitu konflik luaran dan dalaman. Konflik yang akan dikaji dalam kedua-dua novel ini adalah konflik luaran yang sebenarnya memainkan peranan penting dalam perkembangan jalan cerita. Konflik yang berlaku antara watak amat penting untuk menentukan dan menzahirkan perwatakan watak-watak. Melalui konflik ini, kita boleh mengenal pasti tingkah laku dan perangai sama ada baik atau buruk watak-watak yang diperkenalkan oleh para pengarang. Konflik biasanya tercetus apabila wujudnya perasaan tidak puas hati, benci atau kerana hubungan yang dingin antara watak. Hal ini seterusnya akan diperbesar-besarkan sehingga mencetuskan pergaduhan atau perselisihan faham antara satu sama lain. Tanpa konflik, perjalanan cerita novel akan kelihatan hambar dan hal ini akan mewujudkan suasana kebosanan kepada pembaca. Malahan, ketiadaan konflik juga akan menyebabkan ketiadaan klimaks kerana klimaks wujud daripada konflik-konflik yang berlaku antara watak. Oleh sebab itu, konflik adalah sesuatu yang penting yang boleh mempengaruhi jalan cerita sesebuah novel.

Join now!

Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi ke-3, konflik boleh didefinisikan sebagai perselisihan atau pertentangan antara individu, idea dan kepentingan. Manakala luaran pula bermaksud yang tampak sahaja atau lahiriah.

“ Pergaduhan dan pertelingkahan boleh diibaratkan seperti pembunuh senyap” petikan kata-kata A.Samad Said

Kata sarjana A. Samad Said di atas berkait rapat dengan tajuk yang akan dibincangkan. Konflik luaran atau boleh diklasifikasikan sebagai perselisihan faham boleh diibaratkan sebagai pembunuh senyap kerana konflik yang wujud akan menimbulkan perasaan dendam dan tidak puas hati antara satu sama lain.

        Berdasarkan tajuk yang dipertengahkan, bolehlah disimpulkan bahawa konflik luaran adalah ...

This is a preview of the whole essay